SMKDABB telah dibuka pada awal 2010. Ia menerima pelajar sulongnya seramai 523 orang yang terdiri dari tingkatan 1, 2 dan 4 termasuk 52 orang guru. Sekolah ini membuka Kelas Aliran Agama ( KAA ) sebanyak 3 kelas bagi memberi ruang kepada pelajar untuk belajar Bahasa Arab demi memahami al Quran dan Hadis.
Seramai 64 orang pelajar telah Berjaya dalam ujian kelayakan memasuki Kelas Aliran Agama. Tenaga pengajar mata pelajaran Bahasa Arab terdiri dari Ustazah Siti Sakinatun Mohd Shahid dan Ustazah Aslaniah Jamali.
Sebagai penasihat persatuan, Ustazah Siti Sakinatun telah merancang dan menjalankan banyak aktiviti seperti menghafaz sya’ir arab, fe’el, alhikam wal amsal, pertandingan menulis khat, membuat buku skrap, bengkel dan seminar teknik menjawab soalan, explorace Bahasa Arab dan sebagainya.
Selain itu kesemua pelajar Kelas Aliran Agama telah diwajibkan mendaftar sebagai ahli Persatuan Bahasa Arab. Pada Akhir tahun2010, persatuan ini telah dinobatkan sebagai Persatuan Paling Aktif. Seorang ahli persatuan telah dianugerahkan sebagai Tokoh Ko Kurikulum kerana keterampilan diri dari aspek kokurikulum, akademik dan personaliti yang menarik.
Pada tahun ini ahli persatuan telah bertambah kepada 116 orang. Guru penasihat kami sering membakar semangat dan membantu dalam meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Arab agar terus meningkat. Jazakillah khairal jazak.
No comments:
Post a Comment