Assalamualaikum semua ! Selamat Datang ke blog Persatuan Bahasa Arab SMKDABB ~ Harap anda semua terhibur dengan apa yang kami kongsikan di blog ini :) Waalaikumussalam !

24 July 2011

Perlembagaan Persatuan Bahasa Arab


SMK DATO' ABU BAKAR BAGINDA
JALAN MAKTAB SUNGAI MERAB
43000, KAJANG SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA ARAB

  1. Nama
  • Persatuan Bahasa Arab
  1. Alamat 
               Pengerusi,
               Pengetua
               SMK Datuk Abu Bakar Baginda
               Jalan Maktab,Sungai Merak
               43000 Kajang,Selangor

      3.   Objektif

              Tujuan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform ini adalah untuk:
  • 3.1 Melahirkan,memupuk serta menambahkan minat murid SMK Abu Bakar Baginda terhadap  Bahasa Arab sebagai bahasa Syurga serta memahamir al Quran dan Hadis     nabi disamping cemerlang dalam akademik bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat kebangsaan dan internasional.
  • 3.2 Mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah seperti aktiviti kuiz, syarahan, seminar dan bengkel.
  • 3.3 Mendedahkan murid kepada pengalaman yang tidak boleh didapati dalam bilik darjah seperti aktiviti explorasi.
  • 3.4 Membantu murid dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam akademik dan membina intelektual dan personaliti yang cemerlang mengikut canaian dan wadah Islam.
  • 3.5 Melatih murid-murid cara-cara mengendalikan sesebuah persatuan seperti
            3.5.1   mengendalikan masyuarat
            3.5.2   merancang aktiviti persatuan
            3.5.3   menyediakan belanjawan
            3.5.4   mencari sumber kewangan
            3.5.4   mengendalikan aktiviti persatuan
            3.5.6   menulis laporan

        4.   Keahlian
  • 4.1 Keahlian bagi persatuan ini diwajibkan kepada semua murid KAA SMK Datuk Abu Bakar Baginda.
  • 4.2 Tanggungjawab ahli:
4.2.1   Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan keputusan.

4.2.2   Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan yang berlunaskan perlembagaan supaya persatuan dapat bergerak mengikut perlembagaan. 

4.2.3   Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan untuk memastikan tiada penyelewengan.

4.2.4   Setiap ahli persatuan DIWAJIBKAN hadir dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Mereka yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah memberi sebab-sebab yang munasabah.

4.2.5   Kegagalan menghadiri 75% daripada perjumpaan persatuan tanpa sebab yang munasabah menyebabkan keahlian itu dimansuhkan secara automatik.

         5.   Pentadbiran
  • 5.1 Penaung           :        Pengetua
  • 5.2 Penasihat         :        Pn Siti Sakinatun Mohd Shahid                                    
  • 5.3 Ahli Jawatankuasa :        Persatuan ini ditadbirkan sepenuhnya  oleh Ahli Jawatankuasa persatuan yang diadakan setiap tahun.
  •         5.4 Tugas dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa:
            5.4.1 Pengerusi
            .      Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
            .      Mengadakan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam
                  mesyuarat telah diambil.
            .     Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam
                  mesyuarat telah diambil.
            .      Membincagkan segala program dan aktiviti tahunan dengan guru penasihat.
            .     Memastikan aktiviti persatuan berjalan licin dan mendapat sambutan.

            5.4.2 Naib Pengerusi
            .      Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab.
            .      Menggantikan Pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir.

             5 .4.3 Setiausaha
            .      Mencatatkan minit mesyuarat dan mengedarkannya  kepada semua ahli.
            .      Menyediakan laporan penggal tahunan kepada guru penasihat.
            .      Menguruskan surat menyurat .
            .      Menjemput ahli-ahli menghadiri mesyuarat.

            5.4.4  Penolong Setiausaha
            .       Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

            5.4.5 Bendahari
            .      Mengutip wang sumbangan.
            .       Menyediakan satu rekod kutipan wang sumbangan.
            .      Mencatatkan segala perbelanjaan persatuan.
            .      Menyerahkan segala kutipan kepada Guru Penasihat.
            .      Mengemukakan penyata kewangan dalam mesyuarat.

            5.4.6 Ahli Jawatankuasa
             .      Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan segala aktiviti persatuan.

       6.   Wang Sumbangan

              Setiap ahli dikenakan wang sumbangan sebanyak RM  5/setahun

        7.   Kumpulan Wang
  • 7.1 Kutipan wang dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti persatuan.
  • 7.2 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain daripada mana-mana pihak.
        8.   Mesyuarat
  • 8.1 Mesyuarat tahunan pada satu tarikh yang ditentukan oleh sekolah.
  • 8.2 Mesyuarat Jawatankuasa persatuan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau bila-bila masa diperlukan.
  • 8.3 Mesyuarat tahunan dan mesyuarat-mesyuarat yang lain hendaklah dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang Guru Penasihat.
  • 8.4 Mesyuarat tahunan hanya sah apabila dua pertiga daripada ahli hadir.
  • 8.5 Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib kepada ahli kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  • 8.6 Pengemuman setiap masa mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan.
  • 8.7 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan dengan licin dan sempurna.
9.     Pindaan

Pindaan kepada perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan
atas nasihat Pengetua atau Guru Penasihat.

2 comments: