Assalamualaikum semua ! Selamat Datang ke blog Persatuan Bahasa Arab SMKDABB ~ Harap anda semua terhibur dengan apa yang kami kongsikan di blog ini :) Waalaikumussalam !

20 July 2011

Mukhayyam ‘Arabiy 2011


      Pada 16 hb Julai, persatuan telah mengadakan Mukhayyam‘ Arabiy di Dewan Perdana SMKDABB. Program ini dirangka dan dilaksanakan semata-mata untuk mendedahkan kepentingan mempelajari Bahasa Arab dan meningkatkan prestasi matapelajaran .
            Aktiviti pertama iaitu ‘ice breaking’ bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 10.00 pagi telah dikendalikan oleh Cikgu Yunus, kaunselor kami. Program diteruskan dengan seminar dan bengkel yang dikendalikan oleh penceramah jemputan Ustaz Hasmadi Hamdan. Beliau seorang guru cemerlang Bahasa Arab yang kini bertugas di Bahagian Pendidikan Islam.
            Antara bengkel yang kami lalui ialah membina ayat berdasarkan gambar, isi tempat kosong, membina ayat mudah dan lain-lain. Bengkel bermula pada jam 10.30 pagi selepas minum pagi  sehingga jam 1.15 petang. Aktiviti disambung semula pada jam 2.15 petang selepas solat zohor berjemaah sehingga jam 4.00 petang. Kami dapat banyak ilmu dan rasa sangat terharu dengan kesungguhan ustaz. Kami akan belajar sungguh-sunguh untuk score ‘A’. InsyaAllah.. Jazakallah khairan kathira… Ustaz janji nak datang lagi tahun depan…

No comments:

Post a Comment